Monday, 12 December 2016

Sumber Perundangan Islam

Assalamualaikum.. Hari ini Asmaa' nak share sikit ringkasan tentang sumber perundangan Islam berdasarkan rujukan Buku "Pengantar Syariat Islam" nukilan daripada Mohd Salleh Haji Ahmad. Semoga ilmu ini dapat di manfaat kepada diri sendiri dan kepada pembaca-pembaca blog ni dan kepada orang muslim yang lain...


  • Hukum Islam hanya diketahui berasaskan dalil-dalil yang di tegakkan oleh syarak.
  • Dalil tersebut dikenali sebagai :
  1. Usul al-ahkam
  2. Masadir as-syariah
  3. Masadir At-tasyri al-islamy
-Kesemuanya merupakan nama lain sumber-sumber hukum atau perundangan Islam  yang mana merujuk kepada Al-Quran & As-Sunnah.

  • Dari sudut ittifaq (sependapat) & iktilaf (perbezaan pendapat) pada dalil-dalil mempunyai 3 bahagian:-
  1. Dalil yang disepakati oleh semua orang Islam iaitu Al-Quran & As-Sunnah.
  2. Dalil yang disepakati oleh jumhur muslimin iaitu Al-Ijma' dan Al-Qiyas. *Kecuali Al-Nazzam dari kalangan muktazilah dan sebahagian dari golongan khawarij yang menolak ijma' sebagai sumber hukum dan syiah imamnya Ja'fariyyah serta golongan zahiriyyah yang menolak Qiyas sebagai sumber hukum.
  3. sumber yang berlaku dikalangan ulama' sehinggak dikalangan jumhur ulama' yang beramal dengan konsep Qiyas iaitu Al-urf, al-istihsan, al-istishab dan lain-lain.
AL-QURAN

Takrif: Merupakan masdar daripada kata terbitan yang bererti membaca dan menghimpun menjadi nama kitab yang mulia.

Ciri-ciri keistimewaan Al-Quran:
  1. Lafaz Al-Quran dan maknanya adalah daripada Allah. Dali daripada surah Az-zukhruf:3 firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya Kami jadikan kitab itu sebagai Al-Quran yang diturunkan dengan bahasa arab."
  2. Terjamin dari sebarang pindaan atau tokok tambah dan pengurangan kerana Allah sendiri menjaminnya. dalam surah Al-Hijr:9 firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan kamilah yang memelihara dan menjaganya."
  3. Dipindah kepada kita secara tawatur (Al-quran dipindah daripada satu kaum kepada satu kaum)
  4. Al-Quran itu mukjizat (tiada manusia yang mampu mendatangkan sepertinya)
Jenis-jenis Hukum al-Quran:
  1. Hukum I'tiqad berkaitan dengan Aqidah
  2. Hukum Akhlak berkaitan dengan pendidikan dan pembersihan jiwa
  3. hukum Amali yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan mukallaf iaitu yang berkaitan dengan Fiqh, bahagiannya:
         a) Hukum Ibadat: Rukun Islam dan lain-lain untuk mengatur hubungan manusia dengan Allah.
         b) Hukum Muamalat: selain dari Ibadat iaitu undang-undang untuk mengatur hubungan manusia dengan manusia, bahagiannya:
  1. Hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan seperti nikah, cerai & sebagainya (Munakahat)
  2. hukum yang berkaitan dengan mu'amalat maliyyah (undang-undang harta)cseperti jual beli, sewaan, gadaian dan sebagainya.\
  3. Hukum yang berkaitan dengan sistem kehakiman mahkamah untuk mengatur prosedur kehakiman menegakkan keadilan iaitu Qanun al-murafaat (undang-undang acara).
  4. Hukum yang berkaitan dengan jenayat untuk memelihara kahidupan manusia dari harta benda, kehormatan dan hak-hak mereka.
  5. Hukum yang berkaitan dengan sistem pemeritahan (undang-undang perlembagaan).
  6. Hukum yang mengatur perhubungan antara negara Islam dengan negara bukan Islam.
Cara al-Quran Menjelaskan Hukum:
  1. Bayan kulli iaitu al-Quran menyebut beberapa kaedah dan prinsip-prinsip umum yang menjadi asas kepada cabang-cabang hukum dibinakan hukum-hukum itu.
  2. Bayan Ijmali iaitu al-Quran terangkan secara umum dan hadis menerangkan ayat tersebut secara khusus.
  3. Bayan Tafsili iaitu al-Quran terangkan secara terperinci sesuatu hukum dalam ayat tersebut.
AS-SUNNAH
Takrif: al-Tariqah al-Mu'tadah ertinya cara atau peraturan sesuatu amalan yang dilakukan berulang kali.

Bahagian-bahagian Sunnah:\
  1. Sunnah Qawliyyah: Kata-kata pengucapan Rasulullah SAW.
  2. Sunnah Fi'liyyah: Perbuatan-perbuatan Rasulullah SAW.
  3. Sunnah Taqririyyah: Sesuatu yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW dengan mendiamkan diri tanpa membantah atau bersetuju. (Rasulullah membenarkan) contoh kisah Dhob.
Pembahagian Sunnah menurut sanad:
  1. Sunnah Mutawatirah: Hadis yang diriwayatkan dari nabi SAW oleh sejumlah atau sekelompok perawi yang tidak mungkin melakukan pendustaan dan tidak ada sebarang kecacatan pada paringkat perawi tersebut. Wajib beramal dengannya dan kafirlah orang yang menolaknya, merana hadis ini merupakan martabat yang paling tinggi.
  2. Sunnah Masyhurah: Hadis yang diriwayatkan dari Nabi SAW oleh satu atau dua perawi iaitu bilangan perawi tersebut tidak sampai kadar jumlah perawi hadis Mutawatir. Menurut mazhab Hanafi hadis ini memberi pengetahuan yang meyakinkan, tetapi bawah sedikit dari sunnah Mutawatirah.
  3. Sunnah Ahad: Hadis yang diriwayatkan dari Nabi oleh sebilangan perawi yang tidak sampai kadar jumlah perawi Mutawatirah dan Masyhurah. Hadis ini memberi pengetahuan zanni dan rajih dengan sandaran yang sah kepada Nabi SAW dan wajib beramal dengannya.
Sunnah Tasyri, dan bukan Tasyri':
  • Sunnah Tasyri': Apa yang terbit dari Nabi SAW atas sifatnya sebagai rasul yang menyampaikan risalah Allah (dalil untuk mengetahui sesuatu hukum).
  • Sunnah bukan Tasyri, bahagiannya:-
  1. Sesuatu yang terbit dari Nabi SAW atas sifat tabiat kemanusiaan seperti makan, minum dan sebagainya.
  2. Seseuatau yang terbit dari Nabi SAW berdasarkan pengalaman dan percubaan-percubaan dalam perkara duniawi seperti menyusun tentera, mentadbir urusan peperangan, perniagaan dan sebagainya.
  3. sesuatu yang khas untuk Nabi SAW seperti berterusan berpuasa tanpa berbuka.

No comments:

Post a Comment