Cara Pemakaian Wanita Islam
Syarat-syarat pakaian Muslimat:-
Allah S.W.T telah menjelaskan syarat-syarat yang wajib dipenuhi bagi pakaian wanita islam dalam Al-Quran
Firman Allah Yang Bermaksud:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang mukmin: "hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah A'-Ahzab: 59)
Dan Firman Allah Yang Bermaksud:
"Dan janganlah mereka memukul kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sorokkan."
(Surah An-Nur: 31)
Untuk Tudung wanita, Allah juga telah berfirman Yang bermaksud:
"Dan hendaklah menutupi mereka kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"
Allah jugan melarang wanita mendedahkan kecantikannya, dalam firman-Nya:
"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu"
(Surah Al-Ahzab: 33)
Allah turunkan ayat diatas kerana di zaman orang jahiliyah sebelum kedatangan islam, ramai kaum wanita yang memanjangkan tudungnya ke arah punggungnya, dengan memperlihatkan leher dan telinga mereka. Dan dalam ayat diatas Allah melarang perbuatan tersebut.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Dan dari Abu Hurairah r.a berkata: sabda Rasulullah s.a.w: "Ada dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihatnya, iaitu kaum lelaki memegang cemeti begaikan ekor lembu dipukulkan kepada orang lain, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, serong dan menyerongkan, kepala mereka seperti punak-punak unta yang miring. Mereka tidak boleh masuk syurga dan tidak boleh merasakan baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dirasakan dari jarak sekian, sekian."
(Ahmad dan Muslim)
Syaukani mengatakan: "Kata-kata dua golongan ahli neraka dapat dierikan sebagai ancaman terhadap dua golongan tersebut. Bahkan menurut Imam Nawawi, Hadith ini termasuk di antara sekian mukjizat Rasulullah s.a.w kerana kedua golongan itu sekarang, maksudnya di masa Nawawi benar-benar ada. Padahal kita tahu bahawa Imam Nawawi merupakan Ulama yang hidup pada abad ke 5 hijrah. Bagaimanakah kita- kira kalau beliau masih hidup sekarang?"
Dan Syaukani meneruskan penerangannya: Adapun kata-kata, "Berpakaian tetapi telanjang", menurut pandangan sebahagian Ulama maksudnya adalah: Mahu menikmati Anugerah Allah tetapi enggan mensyukurinya. Dan juga ada yang mengertikan....
maaf akan di sambung pelajaran kita akan datang..
maaf akan di sambung pelajaran kita akan datang..
No comments:
Post a Comment